Kek coklat kukus moist

Terima kasih kerana sudi intai mengintai kedapur Uj ni..
Dah lama sebenarnya Uj tak membaking.Sebabnya mood membaking kelaut.Secara kebetulan atas permintaan anak buah yang datang bertandang ,Uj buat kan sebijik kek coklat.
Resepi Uj gunakan resepi dari  kek coklat kukus dari Puan Munira Baharom  rakan Fb Uj.Kek coklat versi Puan munira ni versi kukus pernah Uj buat sebelum ni disini.Memang pemes kek coklat moist versi kukus Puan Munira ni.Ramai yang dah mencubanya.
Tapi kali ni Uj buat versi bakar plak.Entah kenapa malas pulak Uj nak mengukusnya.
Hasilnya memang tak mengecewakan.Masih tetap moist....yumyum...



Tak caya..cer close-up sikit...ha moist kan...



Bila anak buah dah datang terus Uj hidangkan tak sempat pun nak snap gamba..Sekejap jer dah licin..hehe Suka betul diorang...Siap pesan "nanti bole x buatkan lagi yer..yer.."
Hish-hish...Yelahh...

 Ni jer la yang dapat Uj selamatkan ..sepotong jer.Uj tinggalkan untuk Encik Suami..




Terima kasih kepada Puan Munira diatas resepi keknya yang sedap ni...Tapi maaf laa yer bahan-bahannya Uj termenderhaka sikit....


KEK COKLAT KUKUS MOIST

Resepi dari: Puan Munira Baharom ( rakan FB)

Bahan A:

1 cwn gula pasir* ( Uj guna gula perang)
1 cwn serbuk koko*
1 cwn susu cair* ( UJ guna susu perasa coklat jenama dutch lady)
1 cwn susu pekat*
1 cwn myk masak* ( UJ guna minyak jagung)

Bahan B:  ( diayak bersama)

3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kfc baking powder
1 sudu kfc soda bikarbonat
secubit garam ( Uj tambah)

Bahan C:

4 biji telur diblender  (Uj pukul menggunakan whisk)
1 sudu teh esen vanila ( Uj tambah)


Cara:

1.  Satukn bahan A (yg bertanda *) kedlm periuk.Gaul sebati dan dimsk atas api yg perlahan sehingga
     adunan menjadi licin.Rehatkn sebentar bila dah sebati.

2.  Satukan bhn B dan C kedlm A(berselang seli.gaul dgn senduk).add esen vanila.Gaul rata.

3.  Bila dah sebati tuang kedlm loyang yg tlh disapu dgn sedikit myk dan dialas dgn kertas.

4.  Panaskan oven selama 15 minit dengan suhu 170 degree dan masukan adunan kedalam oven.
     Bakar selama 45 ~ 50 minit. ( atau mengikut tahap kepanasan oven memasing)
5.  Untuk memastikan kek dah masak cucuk dengan lidi dan bila lidi tu keluar dengan keaadaan
     yang bersih..boleh lah dikeluarkan kek tersebut.
6.  Sejukan terlebih dahulu sebelum dituangkan topping coklat diatasnya.
   


   Untuk topping :

1/3 cwn susu pekat ( bole kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 cwn serbuk koko( Uj guna van hauten)
1/2 cwn minyak jagung ( bole guna minyak masak)
sedikit garam


 Cara:

Satukan semua bahan dan masak diatas api yang kecil.
Bila kek telah sejuk,tuangkan coklat diatas kek...
Biar meleleh ditepi kek..yumyum





 Memang rancang nak buat sekali lagi versi bakar ni.
 Memang tak puas makan.....dan nak jamu lagi sekali anak-anak buah hehe...
 Tentu diorang suka...

Tidak ada komentar